Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Friday, September 30, 2011

Wahai jiwa yang tenteram..Sayangi diri sendiri..Kejarlah kebaikan akhirat..



Usahlah kamu terlalu mengikut perasaanmu,hingga terlupa menyebut namaNya melalui kalam-kalam yang telah diturunkanNya.Belajar lah mengenaiNya melalui solat yang diwajibkan,di tambah lagi kemanisan solat itu dengan solat sunat dengan melakukan Qiya Mulail.Lalu kamu susuri pula dengan membaca Al-Quran yang di turunkan kepada Muhammad nescaya kamu tidak akan sesat.Bahkan kamu akan rasa dibimbing menuju cahaya cintaNya.

-Lembutkanlah lidahmu dengan membaca Al-Fatihah untuk membaiki hati yang gundah.
Diantara fadhilat indahnya

*mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.
*Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya.Maka hayatilah pengertiannya.
*Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT,baca 41 kali setiap hari,waktunya diantara solat sunat Subuh dan solat Fardhu Subuh.

-Ikhlas kan hatimu membaca Al-Baqarah agar syaitan tidak singgah kerumah lalu memanah kata nan indah bersulam dusta.

Sabda Rasulullah SAW
'Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai bonggol.Dan bonggol Al-Quran adalah surah Al-Baqarah.Sesiapa yang membacanya pada malam hari dirumahnya,syaitan tak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam.Dan sesiapa yang membacanya pada siang hari,syaitan tak akan masuk kerumahnya selama tiga hari.
(Riwayat Ibnu Hibban)

-Hindarilah kamu dari fitnah Dajjal yang keji dengan membaca surah Al-Kahfi

Imam Ahmad berkata:"Daripada Abi Darda'daripada Nabi(SAW),baginda telah bersabda
'Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi.Maka terhindar daripada Dajjal.(Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al Tarmizi daripada Qatadah)

-Mohonlah keampunan disulami dengan membaca surah Yassin

Daripada Abdullah berkata:Rasulullah SAW telah bersabda
'Sesiapa yang membaca yassin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT,maka akan diberi keampunan baginya(HR.Ibnu Katsir)

Lalu bacakan lah pula Surah Ad-Dukhan

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda
'Sesiapa yamg membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam,maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya'.(HR Ibnu Katsir)

Tambahi lah dengan membaca surah Al-Mulk

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda
'Sesungguhnya didalam Al-Quran ada tiga ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk"(Tabaraakal-Lazi)"




-Jika kamu tidak mahu miskin lalu rajinkan lah kamu membaca Surah Al-Waqiah

Usman berkata:"Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda
'Sesiapa membaca surah 'Al-Waqiah'tidak akan jadi miskin selama-lamanya.

-Inginkah kamu mati didalam syahid amalkan lah surah Al-Hasyar

Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a.berkata:Nabi SAW telah bersabda
'Sesiapa membaca ketika bangkit subuh 'A'uuzubillahis-Sami'il-a'limi-Minas Syaitanir-rajim'
kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.

Lapangkanlah dadamu dengan menghafal Asma'ul Husna

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Rasulullah SAW telah bersabda
'Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sembilan puluh sembilan nama,iaitu seratus kurang satu,sesiapa yang menghafalnya seluruhnya masuklah ia ke syurga.(HR Bukhari)

Semoga kita punya jiwa yang mahu mengubah segalanya yang terbaik.Usahlah dikejar kebaikan didunia sahaja kerana ia selalu membawa bencana bia kita tidak tahu mengemudikannya.Seimbangkanlah imu dunia mu dan imu akhirat sesungguhnya itulah yang paling baik.
Ingin sekali diperingatkan bahawa bukanlah surah-surah diatas ini sahaja mempunyai fadhilat tertentu atau istimewa,bahkan semua surah di dalam Al-Quran mempunyai fadhilatnya yang tersendiri.Lalu bukakan lah mindamu untuk memahami dan mendalami setiap apa yang terkandung didalamnya.Moga kita diberi petunjuk...Ameen Ya Allah.

Cinta Ilahi..Cinta Hakiki..Nikmatilah rahmatNya..

Hidup ini kadang-kadang tidak putus dengan kekecewaan kerana kita terlalu mengharap kasih yang tidak abadi daripada manusia...

Hidup ini kadang kala sering dianggap tidak adil setiap kali kita merasakan segala pengorbanan kita tidak dibalas dengan balasan yang setimpal...

Hidup ini sering sahaja disalah erti apabila diri merasakan air mata yang dicucurkan untuk makhluk Allah yang bernama manusia dianggap tidak bernilai...

Hidup ini jua sering dijadikan kambing hitam yang dipersalahkan hari demi hari hanya kerana rindu pada hamba Allah yang bernama manusia itu kian menebal tetapi tidak pernah disedari oleh manusia itu...

Hidup ini juga dianggap dipenuhi dengan rantaian derita yang tidak putus-putus hanya kerana segala perkara yang berlaku itu tidak seperti kehendak kita...

Namun, jika sahaja kita sedar...kira-kira seribu tahun yang dahulu, terdapat manusia mulia yang sudah menangis terlebih dahulu,

kerana rindukan umatnya...

Umatnya yang dikatakan tidak pernah bertemu dengannya..

Namun rindukannya dan menyintai Allah..

Dan umatnya inilah yang telah membuatkan menitisnya air mata manusia yang mulia ini hingga membasahi mata yang tegar memperjuangkan Islam..

Dan umat ini jualah antara kata-kata akhir yang dituturkan di mulut manusia mulia ini saat ajal sudah menghampiri...

Dan itulah Muhammad SAW

Dan kini masih kita katakan hidup itu tidak adil???

Sedangkan kasih dan cinta abadi itu telah menunggu kita di pintu syurga kelak...InsyaAllah...

Kejarlah cinta hakiki itu..

Kerana sesungguhnya jika kau abadikan cinta pada Allah dan Rasulullah,

Dirimu tidak akan pernah kecewa...

Kejarlah kasih daripada Yang Maha Esa,

Kerana Dialah sebaik-baik kekasih yang patut kita hampiri...

Kejarlah perhatian daripada Yang Maha Adil itu...

Kerana Dialah sebaik-baik kekasih yang patut kita dambakan untuk bersama...

Kejarlah cinta Allah itu kerana Dialah Tuhan yang patut kita hubungi setiap hari...

Kejarlah sunnah Muhammad, kerana dialah insan yang pertama merinduimu...

Walau roh belumpun ditiupkan dalam jasadmu sekarang..

Kejarlah keredhaanNya kerana Dialah sebaik-baik Tuhan yang patut kita syukuri...

Kejarlah gelaran hamba yang mensyukuri nikmatNya kerana bermula daripada nafasmu yang pertama di dunia ini, terlalu banyak nikmat yang kita lalui...



Dan akhirnya, kejarlah cinta Ilahi itu kerana Dia Maha Mengetahui segala isi hatimu...

Dia Maha Memahami hambaNya...

Dia Maha Pengampun segala dosa-dosa...

Dia Maha Pengasih dan Dialah Tuhan yang hanya kepadaNya kau dapat nikmati kenikmatan iman, Islam dan hidup...

Tiada siapa yang pernah dapat menyaingiNya dalam segala hal ...

Biitaufiq wal hidayah...

InsyaAllah.

MasyaAllah..Sebenarnya Allah ambil dia..Untuk menguji kita..



Kadang-kadang.....
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,

Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.

Untuk uji kita.


Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.

Untuk sedarkan kita.

Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya..


Kadang-kadang,

Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.

Saat Allah jarakkan kita,

lalu timbul rasa rindu dan menyesal,

Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi

lebih dari yang kita mahu lakukan..




Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan.”
Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, pada hari itulah diciptakan Nabi Adam, dan pada hari itu dia diturunkan ke bumi, pada hari itu pula diterima taubatnya, pada hari itu pula beliau diwafatkan, dan pada hari itu pula terjadi Kiamat. Pada hari itu ada saat yang kalau seorang muslim menemuinya kemudian solat dan memohon segala keperluannya kepada Allah, nescaya akan dikabulkan”.(HR. Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasai)

Tuhan Mendengar Hati Yang Menangis...Syukran Ya Allah..

Tuhanku..

ketika hati ini menangis, hanya Engkau sahaja yang tahu


Tuhanku..

Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.

Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.

PadaMu tempatku menagih kasih.

Ketenangan ku rasa mendekatiMu.

Syahdu malam tak terasa sunyi


Tuhanku..

Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan.

Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan.

Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.

Pada mereka yang pernah melupakanku


Tuhanku..

Ketika aku buntu.

Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.

Kau tak biarkan aku sendirian


Tuhanku..

Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.

Syukurku melangit pun tak tercapai.

Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.

Semoga penyesalanku Kau terima.

Terima Kasih Allah kerana selalu mendengar rintihanku..

~La Tahzan...Andai Tiada Yang Peduli...


Andai kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.
Andai kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu.
Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya.
Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa
tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu.
Andai tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah
sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap
syukur... Allah telah pun memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepadamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan
namamu.
Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.
...Merenung masa depan...

La Tahzan..Di Sebalik Kesulitan Itu Ada Kesenangan...InsyaAllah.

Sahabat ...

ketika ujian dan dugaan semakin kau rasa berat

lebih eratkan peganganmu pada tali agama Allah Azza wa Jalla

agar kau tak terperosok pada jurang dosa dan maksiat

agar kau tetap optimis dalam jalani hidup di dunia ....

Sahabat ...

ketika ujian dan dugaan semakin kau rasa berat

janganlah kau tinggalkan jemaah kebaikan

kerana mereka akan kuatkanmu dengan nasihat

nasihat tentang kebenaran dan kesabaran ...

Sahabat ...

ketika ujian dan dugaan semakin kau rasa berat

mintalah kekuatan dan menghibalah pada Dzat yang Maha Kuasa

agar sedih di hati tak lama menjerat

agar ayunan langkahmu semakin ringan kau rasa...

Sahabat ...

ketika ujian dan dugaan semakin kau rasa berat

ingatlah bahwa Allah tidak membebani

seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

yang dengan begitu dugaan berat itu akan berlalu

dan InsyaAllah ujian dan dugaan itu kan mengangkat darjat kita di sisi-Nya...

Sahabat ...

ketika ujian dan dugaan itu semakin kau rasa berat

yakinlah ini hanya sementara saja

agar kepingan hati tidak terkotori oleh putus asa yang berkarat

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan...