Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Saturday, December 31, 2011

RAHSIA 13...


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T

Thursday, December 22, 2011

Kusyukuri KurniaanMu..

 Alhamdulillah..lafaz keramat yang menggambarkan rasa bahagia, syukur dan senang dengan apa yang diharapkan menjadi kenyataan.
Sejak mata terbuka pada awal pagi ini..rasa syukur itu bertambah-tambah dengan berita yang ditunggu-tunggu dengan penuh debar sejak sekian waktu.

Walaupun detik ini bukan suatu yang asing bagiku..tetapi oleh kerana pengalaman ini melibatkan anak bujangku yang pertama..hmm..cuak juga rupanya..hehe
Bukan atas dasar tidak atau kurang percaya dan  kurang yakin dengan kemampuannya..tetapi kerana sikapnya sejak semalam..menjadikan hati sedikit gusar..Awal-awal lagi dia sudah berpesan supaya aku tidak turun bersama ke sekolahnya, apabila aku memberitahu niatku kepadanya...haha..buat lawak betul lah Nabil ni..
Apabila aku memberitahu suamiku..hehe..dia ketawa sahaja. Reaksinya juga biasa-biasa sahaja..So, aku cuba buat biasa-biasa juga..:D

Sepanjang malam, sambil melayari portal universiti, memberi respons kepada soalan forum yang baharu dimuatnaik oleh pensyarah, aku cuba melupakan sekejap tentang kemungkinan-kemungkinan hari esok..Hmm..Nabil tidur awal pulak malam ni..bisik hatiku..:) Aku tahu, dia risau..tetapi kami semua buat macam biasa.. Usik-mengusik tetap dilontarkan kepadanya, bagi meredakan ketegangan rasa..hehe..seronok menyakat orang..

Awal pagi tadi, apabila bangun aku bertanya sekali lagi.."Boleh mama ikut sekali?" hehe..Jawapan yang diterima sama sahaja dengan sebelumnya. Aku faham apa yang Nabil rasa..so, aku mengalah..tetapi meletakkan syarat..Hmm..nanti, bila Nabil dah ambik result tu mesti terus call mama ye.! "OK", pendek sahaja jawapannya.

Detik-detik penantian memang merimaskan. Aku mengisi waktu dengan membaca laman-laman blog dan website yang berkaitan dengan tajuk perbincanganku di dalam forum yang terakhir diterima semalam. Dalam pada itu, deringan-deringan telefon di ruang tamu serta dari telefon bimbitku mulai bergema. Hai..semua orang dah tak sabar nak tahu..:) Tetapi, tuan punya diri masih belum hubungi aku.....Hampir sejam menanti daripada waktu yang sepatutnya..baharulah aku mendapat panggilan daripada Nabil.. Amboiiii...pandai betul bagi mama suspens!!

ALHAMDULILLAH..itu lafaz pertama daripadanya. Jadi, terurai sudah kegelisahan yang menjerut perasaannya. Lega hati mendengarnya. Akhirnya, Nabil telah membuktikan janjinya untuk mengubah kesilapan masa lalu yang disebabkan oleh sikap kurang matangnya dahulu. Moga-moga kejayaan ini akan menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus berusaha pada masa hadapan. InsyaAllah..jika diizinkan Allah, dua tahun lagi Nabil akan menempuh SPM pula. Jadi, semoga kejayaan ini menjadi titik tolak untuk dia mengorak langkah dan membina kejayaan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat..insyaAllah.

"Ya Allah, jadikan kami hamba-hambaMu yang sentiasa merasa cukup dan bersyukur di atas segala kurniaanMu yang tidak terhitung..Amin."..Alhamdulillah.
~ Buat anak2ku..:Mama sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kalian...~

Sunday, December 18, 2011

Kubaca Firman Persaudaraan

Tips Perubatan Mengikut Kaedah Islam.

Sobaal khair..
Salam Sejahtera.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...

Beberapa hari ini memang agak berkelapangan..maklum lah..semua tugasan yang diberi oleh pensyarah sudah aku selesaikan. Hati terasa amat lapang dan tenang..Lebih-lebih lagi sekarang ni musim cuti sekolah. Jadi, beban-beban yang biasa terpikul di atas batu jemala patik ni..sudah berkurangan..^_^


Hari ini hati terasa ingin menulis semula semua dapatan ilmu yang aku kutip daripada rancangan TV kegemaranku, "Tanyalah Ustaz" . Sebenarnya sudah banyak topik yang ditonton, didengar, dan dicatat..tetapi yang ini rasanya sangat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang mungkin suatu masa kelak juga memerlukannya. Siapa tahu??

Semalam, sebelum bersiap-siap mengikut suami menghadiri majlis walimah di Kota Kuala Muda, Kedah dan seterusnya mengisi keinginan anak-anak untuk melihat pemandangan damai di Pantai Merdeka.., aku sempat lagi mengedit semula apa yang diperolehi daripada program Tv9 tersebut, sambil mencari -cari sumber ayat-ayat suci Al-Quran yang menjadi intipati dalam perubatan Islam ini. Semoga apa yang diperturunkan di sini, dapat digunakan oleh sesiapa sahaja yang "terjumpa" blog aku nanti..InsyaAllah.


PERUBATAN KAEDAH ISLAM…
1.      Kanak-kanak  Kena Penyakit Kuning :
·         Al-Fatihah
·         Ayatul Kursi
·         Surah An-Nahl   
A078
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Al-Nahl 16:78)

2.      Kolestrol Tinggi :
·         Amalkan membaca ayat dalam  Surah Yunus : 57


A057


Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

3.      Berat Jodoh ( kerana di sihir) :
·         Al-Baqarah : 102


A102

Maksudnya :
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

·         Al-Rum : 21


A021

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

·         Surah Yasin : 36
A036
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.


4.      Penyakit Batu Karang :
·         Al-Fatihah
·         Salawat Syifa’
·         Surah Al- Baqarah : 74
A074

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

p/s : Pegang tempat yg sakit, baca ayat2 ini.

5.      Sakit Lengan Tidak Boleh Diangkat ( Bukan krn strok) :
·         Salawat Syifa’
·         Al-Fussilat : 44


A044


Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)"

·         Surah Al-Syuara’ :80
A080

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

6.      Penyakit Misteri  :
Surah Al-Hasyr  : 21
A021
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

7.      Sakit Dalam Dada :
·         Surah Yunus : 57
·         Surah Fussilat : 44
(Baca 7 kali setiap kali lepas solat.  Untuk lebih berkesan, baca pada air, lepas solat hajat 2 rakaat)

8.      Resdung : Ambil  air kolah masjid semasa berwuduk..masukkan ked lm hidung dan basuh muka. Sebelum itu, baca :
·         Al-Fatihah
·         Ayat Kursi
·         Al-Fussilat : 44

9.      Sakit Lutut :
·         Al-Fatihah
·         Ayat Kursi
·         Al-Mukminun : 111 -114
A111

A112

A113
A114


·         Al-Baqarah : 22

A022


Saturday, December 17, 2011

Apabila ALLAH menduga...


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bila Allah menduga kita..
Terasa tak terbendung beratnya dugaan yang menimpa..
Terasa ingin pecah dada ini..
Kerana dugaan yang menimpa,
Datang tanpa kita menduganya..


Bila Allah menduga kita..
Tanpa sebarang isyarat,
Tanpa sebarang petanda..
Menarik yang terbaik dalam hidup kita..
Rasa keseorangan mula berleluasa..


Bila Allah menduga kita..
Tangis sendu menyesakkan dada
Kita bagaikan terlupa cara untuk mengukir senyuman..
Bila Allah menduga kita..
Terasa kelam alam ini..
Dunia bagaikan terhenti putarannya..


Benarkah?
Benarkah begitu sahabatku?


Andai benar,
Bersabar dan bersyukurlah,
Kerana kita masih diberi peluang bernafas,
Untuk terus beribadah kepadaNya


Kadangkala kita lupa, 
Kita makhluk ciptaanNya..
Segalanya yang ada 
Adalah milik DIA
DIA yang Esa..


Setiap denyutan nadi.. 
Setiap nafas yang dihela,
Setiap langkah yang diatur..
Semuanya milik DIA..


Kita?
Kita tak punya apa-apa..


Maka sahabat,
Bersangka baiklah padaNya..
Yakinlah setiap yang diberiNya 
Adalah yang terbaik buat kita..
Kerana DIA sebaik-baik Perancang..


Maka sahabat,
Berdoalah kepada Rabb mu..


Ya Rabb..
Kala ini langkahku sumbang sekali..
Pincang rasanya..
Lelah dadaku saat ini..


Ya Rabb..
Aku begitu mendambakanMu..
Dalam setiap denyutan nadiku..
Dalam setiap hela nafasku..
Dalam setiap jejak langkahku..


Di mana jua bumi ku pijak
Di mana jua langit ku junjung
Walau tika susah..
Walau tika senang..
Walau tika suka..
Walau tika duka..
Aku tidak akan sesekali berhenti mencari redhaMu..

Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha ): AISYAH BINTI ABU BAKR R.HA: ISTERI YANG KREATIF ME...

Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha ): AISYAH BINTI ABU BAKR R.HA: ISTERI YANG KREATIF ME...: Saidatina Aisyah r.ha adalah isteri kesayangan Nabi selepas wafatnya isteri pertama yang tidak pernah dimadukannya, Saidatina Khadijah r....

Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha ): HATI-HATI MERISIK

Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha ): HATI-HATI MERISIK: "Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali denga...

Rindu & Cinta Rasulullah..


Friday, December 16, 2011

USAHA VS DOA.

Assalamualaikum wbt. 

Alhamdulillah, kerana Allah SWT  masih memberi kesempatan untuk berdoa pada hari ini. Di dunia ini tiada yang percuma. Untuk mendapatkan apa sahaja yang dihajati, kita perlu berusaha dan berdoa.Gabungan USAHA dan DOA akan membuahkan kejayaan dalam apa jua perbuatan yang kita lakukan.

Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian. Allah telah berfirman yang bermaksud,"Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku (Allah) akan perkenankan." -Surah Ghafir 40 :60

Mengikut pandangan ulama tasawuf, apabila Allah telah meringankan lidah seseorang hamba-Nya untuk berdoa, itu petanda Allah telah memberi lampu hijau untuk memperkenankan doa itu. Kata Imam Ibn Ata'illah : "Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepada-Nya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah menghendaki doa anda diperkenankan. "

Oleh itu, yakinlah bahawa apabila Allah mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa kita untuk berdoa, maka sudah tentu Allah akan perkenankan doa kita itu. Tetapi, jika Allah tidak berkehendak untuk memperkenankan sesuatu doa, maka sudah pasti Allah tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah tersebut.

Mari kita lihat di manakah kita berada dalam konteks pergantungan kita kepada Allah SWT ? Pilih jawapan di bawah ini..dan berlaku jujurlah..

A.  USAHA  +  DOA  -------> Inilah perilaku orang mukmin.
B.  USAHA  +  TANPA DOA ------->  perilaku orang sombong.
C.  X  USAHA +  DOA  ------------>  perilaku orang malas.
D. X USAHA + X   DOA  ----------> lebih baik mati aje..(kata org Negeri 9 : "mengabihkan boraih  yo, 
     ngko jang !!)


Wednesday, December 14, 2011

Kasihanilah Orang Di sekeliling Kita...

Tiada Yang Sempurna Melainkan DIA.

Jangan mensia-siakan siapapun yang ada di hadapan kita.
Belum tentu kita akan mendapat lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang.

Kalau kita mahu mencari kesempurnaan,
cermin dahulu diri, apakah sudah sempurna di mata orang lain.

Wahai Lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah.
Didiklah mereka dengan panduan daripada-Nya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,
kerana nanti mereka semakin liar...

Jangan menghibur mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka yang semakin menderita.

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal…
kerana di situlah puncak kekuatan dunia.....

Akal wanita setipis rambutnya,
tebalkan ia dengan ilmu....

Hatinya serapuh kaca,
kuatkanlah dengan iman...

Wanita tanpa iman, ilmu dan akhlak
mereka tidak akan lurus bahkan membengkok.

Bila wanita durhaka,
dunia lelaki akan huru-hara...

Lelaki pula janganlah terlalu mengharapkan ketaatan…
tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,
pimpinlah diri sendiri kepada-Nya.

Jinakkan diri kepada Allah,
niscaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu...

Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra,
seandainya peribadmu  tidak sehebat Sayidina Ali Karamallahu Wajhah.....
Begitu jugalah sebaliknya.




KISAH VS HIKMAH.


Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya, "Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau berteriak?" 

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, Kerana saat seperti itu ia telah kehilangan kesabaran, kerana itu dia berteriak." 

"Tapi..." sang guru bertanya lagi , "lawan bicaranya justru berada disampingnya.

Mengapa harus berteriak..? Apakah ia tak dapat berbicara secara halus..?" 

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira benar menurut pertimbangan mereka. Namun tak satupun jawaban yang memuaskan. 

Sang guru lalu berkata, "Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fisik mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin keras mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Karena itu mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi." 

Sang guru masih melanjutkan, "Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apapun, keduanya bisa mendengarkannya dengan begitu jelas. Mengapa demikian...?" 

Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya. Mereka nampak berpikir amat dalam namun tak satupun berani memberikan jawaban. 

"Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Pada akhirnya sepatah katapun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja amatlah cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan." 

Sang guru masih melanjutkan; "Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, tak mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu anda."                







Sebagai Suatu Istiqamah...



DOA MEMULAKAN ULANGKAJI

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

MAKSUDNYA: “YA ALLAH! AKU MEMOHON DARIPADAMU KEFAHAMAN PARA NABI, INGATAN PARA RASUL DAN MALAIKAT TERHAMPIR. YA ALLAH! JADIKANLAH LIDAHKU BASAH DENGAN ZIKIR KEPADAMU, HATIKU DIPENUHI DENGAN TAKUT KEPADAMU. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA BERKUASA DI ATAS SEGALA APA YANG ENGKAU KEHENDAKI.” -

DOA SELEPAS MENGULANGKAJI

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ  قَدِيْر

.MAKSUDNYA: “YA ALLAH! SESUNGGUHNYA AKU MENITIP APA YANG AKU BACA, FAHAM DAN HAFAL KEPADAMU. MAKA KEMBALIKANLAH IA KEPADAKU KETIKA AKU MEMERLUKANNYA. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA BERKUASA DI ATAS SEGALA SESUATU.”

DOA PADA HARI PEPERIKSAAN DICADANGKAN AGAR DOA-DOA BERIKUT DIUCAPKAN PADA HARI PEPERIKSAAN, IAITU SEBELUM DAN SEMASA PEPERIKSAAN BERLANGSUNG:

1. KETIKA MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

MAKSUDNYA: “DAN KATAKANLAH: “WAHAI TUHANKU! MASUKKANLAH DAKU DENGAN KEMASUKAN YANG BENAR LAGI MULIA, SERTA KELUARKANLAH DAKU DARIPADANYA DENGAN CARA KELUAR YANG BENAR LAGI MULIA; DAN BERIKANLAH KEPADAKU DARIPADA SISIMU HUJAH KETERANGAN SERTA KEKUASAAN YANG MENOLONGKU.”

2. KETIKA MENERIMA KERTAS SOALAN:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

MAKSUDNYA: “WAHAI TUHANKU, LAPANGKANLAH BAGIKU DADAKU. DAN MUDAHKANLAH BAGIKU TUGASKU. DAN LEPASKANLAH SIMPULAN DARIPADA LIDAHKU, SUPAYA MEREKA FAHAM PERKATAANKU.”

3. KETIKA SUKAR MENJAWAB:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

MAKSUDNYA: “WAHAI TUHAN YANG MAHA HIDUP LAGI MAHA BERDIRI DENGAN SENDIRINYA. DENGAN RAHMATMU AKU BERMOHON PERTOLONGAN.”

4. ATAU:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْل

اً.MAKSUDNYA: “YA ALLAH! TIDAK ADA KESENANGAN MELAINKAN PADA PERKARA YANG ENGKAU JADIKAN KESENANGAN PADANYA. DAN ENGKAU MENJADIKAN KEDUKACITAAN DAN KESUKARAN SEBAGAI MUDAH DAN SENANG JIKA ENGKAU KEHENDAKI.”

5. JIKA ANDA TERLUPA JAWAPAN:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.




MAKSUDNYA: “YA ALLAH! TUHAN YANG MENGHIMPUNKAN MANUSIA PADA HARI YANG TIADA KERAGUAN PADANYA. HIMPUNKAN BARANGAN DAN MAKLUMAT YANG HILANG DARIPADAKU.

















Sabar Itu Indah.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, yang memberi ruang untuk memanjangkan bicara...

"If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow."

Sememangnya sabar itu sukar tetapi indah walaupun pahit. Menjadi orang yang sabar itu bukan mudah seperti kita menguntuk senyum tatkala susah, tetapi ia juga melibatkan proses hati yang berpanjangan. 

Buah daripada kesabaran akan membuatkan kita tidak mudah marah, tidak mudah menafsir salah terhadap orang lain, selalu muhasabah diri, mudah memaafkan, tidak berbicara dengan sembarangan bahkan kita selalu bersabar apabila orang lain mengatakan kita salah atau kita dituduh macam-macam, Inilah warna-warni kehidupan. Kadang-kadang dengan senyuman membuatkan orang jadi sabar menerima cubaan dunia.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar :10)

Memang benar..Sabar itu indah kerana ia adalah bunga-bungaan daripada taman keimanan seseorang .Harumannya adalah kepasrahan memandang baik terhadap segala kejadian, di samping meyakini segala hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Kelopaknya diwarnai dengan ketabahan, ketenangan, dan keteguhan jiwa yang melambangkan kepuasan menerima qada dan qadar.

"Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu." (Al-Imran :120)


Keikhlasan Itu Indah..

Apa itu keikhlasan? Keikhlasan bukan sekadar ucapan, tetapi ianya datang beriringan dengan perasaan yang amat tulus dan tidak mampu dizahirkan dengan kata-kata. Bahkan, banyak orang mungkin mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan tentangnya. Memang ternyata sukar untuk menyakinkan seseorang tentang keikhlasan yang kita ada.


 Kadangkala, bermati-matian kita cuba menyatakan rasa ikhlas kita terhadap sesuatu yang berhubung dengan orang lain, tetapi orang tersebut masih ragu-ragu. Hanya penghayatan rasa sahaja yang mungkin dapat menjelaskan isi hati kita yang ikhlas. Demikian sukarnya kita mahu menunjukkan keikhlasan, sehingga ada pepatah yang mengatakan,"keikhlasan itu umpama seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap"


P/S:...hmm..boleh bayangkan? bagaimana pula perasaan anda jika keikhlasan anda diragui?? Tuhan aje yang Maha Mengetahui..kan..kan..:^_^"

Monday, December 12, 2011

Kisah dan Teladan.Ambillah iktibar daripadanya...

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.


Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :


- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.




   p/s :Maka inilah balasannya.

Sunday, December 11, 2011

kata - kata hikmah.( mutiara kata )

Angguk-angguk..Geleng-geleng..^_^


Situasi 1:

Kisahnya...


Setelah menduduki satu ujian akhir semester, seorang pelajar cemerlang menemui profesornya. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk bertanya tentang kewajaran soalan terakhir dalam kertas ujian tersebut. "Prof, adakah soalan terakhir itu dikira sebagai sebahagian daripada markah pepriksaan akhir juga?". "Ya, sudah tentu." Jawab profesor. "Tapi, Prof, soalan itu di luar daripada sukatan dan tiada kena-mengena dengan mata pelajaran ini." Pelajar itu cuba memberi komen.
" Kamu silap. Ia ada kaitan dengan sukatan pelajaran." "Mungkin Prof terlupa. Soalannya berbunyi,'Siapakah nama tukang cat Jabatan Kejuruteraan Aeronauntik?' Bagi saya, soalan ini langsung tiada kaitan dengan kursus yang saya ambil !" tegas pelajar itu untuk menyokong dan memuaskan hatinya. "Pelajar seperti kamu tidak hanya semata-mata cemerlang dalam peperiksaan. Teori hanya sebahagian kecil daripada proses pembelajaran. Teori perlu dipraktikkan. Tetapi teori dan praktikal pun masih belum cukup. Sikap peduli seseorang mahasiswa mengenai masyarakat sekelilingnya jauh lebih penting walaupun kamu nanti mungkin hanya akan bekerja dengan mesin." jelas profesor tersebut.

p/s Pengajarannya : Kita sering melakukan sesuatu berdasarkan apa yang tercatat di atas kertas. Kita ibarat robot yang sangat patuh kepada sistem. Hakikatnya ISLAM membawa saranan agar mementingkan nilai kemanusiaan. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia-manusia lain...^_^"


Situasi 2:


Kisah Sang Katak..


Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap. Dua ekor katak telah terperangkap di dalam perigi itu...akibat tidak berhati-hati ketika melompat. Mereka melihat ke dalam perigi tersebut. Ternyata terlalu dalam. Pantas mereka sepakat, sudah tiada harapan lagi. "Kamu tawakal saja la. Mungkin ini nasib kamu! " jerit katak yang berada di atas kepada dua ekor katak di dalam perigi itu.
"Kamipun tidak tahu bagaimana cara kami nak bantu kamu naik ke atas," kata katak yang lain pula. "Itulah kamu, kenapa cuai sangat? Inilah padahnya tidak berhati-hati. Kalaulah kamu betul-betul melompat, takkan jadi tragedi macam ni," tambah katak yang lain .


Namun kedua-dua ekor katak itu tetap berusaha naik ke atas dengan melompat. Masih gagal juga. Dari atas pula, terus kedengaran suara-suara yang hanya membunuh harapan mereka. Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Badannya sakit-sakit dan lenguh-lenguh akibat melompat tidak berhenti-henti. Tenaganya pula semakin lemah. Dia hanya mampu bersandar pada dinding perigi. Sementelah pula semangatnya lumpuh dek kata-kata yang tidak memberangsangkan dari atas . Tidak berapa lama kemudian, diapun mati. MATI KATAK...


Kumpulan katak di atas hanya mampu melihat. Melihat rakannya telah mati, katak yang seekor lagi meneruskan usahanya melompat ke atas. "Kamu tidak nampak ke kawan kamu tu dah mati? Kamu pun nanti akan menyusul sama!" "Buat kali terakhir ni, kamu nak makan apa? Kami akan bawakan." Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari bahagian atas perigi. Namun katak itu tidak memperdulikannya. Dia terus melompat. Akhirnya, seperti ada suatu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar.


Takjub melihat apa yang berlaku, seekor katak menemuramahnya : "Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu itu?" "Sebenarnya telinga saya kurang dengar. Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha melompat. Saya lihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah-olah memberi semangat kepada saya. Sebab itulah saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua."


p/s : You're what you think..:D
        Kadangkala, tersalah sangka juga ada manfaatnya, terutama apabila kita menyangka niat seseorang yang jahat itu sebenarnya baik untuk kita..lalu kita mendapat manfaat daripadanya.