Salam Sejahtera.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
Beberapa hari ini memang agak berkelapangan..maklum lah..semua tugasan yang diberi oleh pensyarah sudah aku selesaikan. Hati terasa amat lapang dan tenang..Lebih-lebih lagi sekarang ni musim cuti sekolah. Jadi, beban-beban yang biasa terpikul di atas batu jemala patik ni..sudah berkurangan..^_^
Hari ini hati terasa ingin menulis semula semua dapatan ilmu yang aku kutip daripada rancangan TV kegemaranku, "Tanyalah Ustaz" . Sebenarnya sudah banyak topik yang ditonton, didengar, dan dicatat..tetapi yang ini rasanya sangat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang mungkin suatu masa kelak juga memerlukannya. Siapa tahu??
Semalam, sebelum bersiap-siap mengikut suami menghadiri majlis walimah di Kota Kuala Muda, Kedah dan seterusnya mengisi keinginan anak-anak untuk melihat pemandangan damai di Pantai Merdeka.., aku sempat lagi mengedit semula apa yang diperolehi daripada program Tv9 tersebut, sambil mencari -cari sumber ayat-ayat suci Al-Quran yang menjadi intipati dalam perubatan Islam ini. Semoga apa yang diperturunkan di sini, dapat digunakan oleh sesiapa sahaja yang "terjumpa" blog aku nanti..InsyaAllah.
PERUBATAN
KAEDAH ISLAM…
1.
Kanak-kanak Kena Penyakit Kuning :
·
Al-Fatihah
·
Ayatul Kursi
·
Surah An-Nahl
Dan Allah mengeluarkan kamu
dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia
mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran);
supaya kamu bersyukur. (Al-Nahl 16:78)
2.
Kolestrol Tinggi :
·
Amalkan membaca ayat dalam Surah Yunus : 57
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada
kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi
penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga
menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi
orang-orang yang beriman.
3.
Berat Jodoh ( kerana di sihir) :
·
Al-Baqarah : 102
Maksudnya :
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut
ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa
pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang
menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir
(dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir
dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil
(Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah
mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah
cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan
mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari
mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan
isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau
membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan
sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak
memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu)
telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi
mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa
yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
·
Al-Rum : 21
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya
dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup
mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih
sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir.
·
Surah Yasin : 36
Maha
Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama
ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa
yang mereka tidak mengetahuinya.
4.
Penyakit Batu Karang :
·
Al-Fatihah
·
Salawat Syifa’
·
Surah Al- Baqarah : 74
Kemudian
sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras
lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air
sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu
keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah
kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa
yang kamu kerjakan.
p/s
: Pegang tempat yg sakit, baca ayat2 ini.
5.
Sakit Lengan Tidak Boleh Diangkat (
Bukan krn strok) :
·
Salawat Syifa’
·
Al-Fussilat : 44
Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam
bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan
ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa
asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai
Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi
orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran
itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan
penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka
(bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri
dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari
tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat
dengan nyata)"
·
Surah Al-Syuara’ :80
"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan
penyakitku;
6.
Penyakit Misteri :
Surah
Al-Hasyr : 21
Sekiranya Kami turunkan
Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk
serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan
ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
7.
Sakit Dalam Dada :
·
Surah Yunus : 57
·
Surah Fussilat : 44
(Baca 7 kali setiap kali lepas solat. Untuk lebih berkesan, baca pada air, lepas
solat hajat 2 rakaat)
8.
Resdung : Ambil air kolah masjid semasa berwuduk..masukkan ked
lm hidung dan basuh muka. Sebelum itu, baca :
·
Al-Fatihah
·
Ayat Kursi
·
Al-Fussilat : 44
9.
Sakit Lutut :
·
Al-Fatihah
·
Ayat Kursi
·
Al-Mukminun : 111 -114
·
Al-Baqarah : 22
No comments:
Post a Comment