Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Saturday, February 11, 2012

ANAKKU..YANG TERJADI ITU SERING DI LUAR DUGAAN..

Dengan lafaz kalimah  suci...
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.."
Alhamdulillah, ummi masih diberi kekuatan dan keinginan untuk menulis. Terlalu banyak yang ingin dituliskan. Tak tahu pula hendak dimulakan dari mana ??


Sebu pulak fikiran, apabila kemahuan melebihi kemampuan...:(  
Sejak kebelakangan ini, laman ini ummi rasakan seperti dairi peribadi untuk ummi luahkan apa jua perasaan yang mungkin  tak sempat dikongsikan dengan orang lain. Meskipun pada dasarnya..ada aje orang lain yang boleh baca catatan ummi ini...sebab itu ummi kena berhati-hati..!! Apapun, harapan ummi..dan apa yang tertanam di fikiran serta hati nurani ummi adalah moga apa yang tersurat di laman ,"Selagi Hayat Ada..." akan memberi kebaikan kepada sesiapa sahaja yang melintas di sini..InsyaAllah.


Sejak ummi sedar kesihatan ummi mudah terganggu akhir-akhir ini..makin ummi sedar bahawa inilah kenyataan hidup insan. Memang hidup mati, jodoh pertemuan, rezeki dan banyak lagi nikmat dan musibah daripada Allah merupakan unsur-unsur positif dan negatif yang wujud sejak azali.Semuanya sebagai petanda dan peringatan yang tidak pernah luput atau terpadam buat kita makhlukNya. Supaya kita sedar, kita bukan pemilik hakiki kepada apa yang kita kecapi sekarang ini. Kita selalunya mengimpikan yang baik-baik sahaja..sebab yang itu juga yang selalu kita minta daripadaNya..Begitu juga dengan ummi..Dalam setiap detik waktu dan kesempatan berdoa..memang ummi minta perkara yang baik-baik..terutamanya untuk keluarga ummi..suami dan anak-anak ummi.., adik-adik ummi, saudara-mara ummi..,kawan-kawan ummi, anak-anak didik ummi di sekolah..dan untuk seluruh saudara muslim ummi..Walaupun tidak semua yang dipohon dimakbulkan secepatnya..namun ummi sabar, redha dan pasrah..kerana apa yang kita minta, belum pasti baik buat kita. Lantaran itu, ummi harap..bila ada anak-anak ummi yang menghadapi apa-apa kemungkinan..senang atau susah..teguhkanlah pergantungan kalian kepada Allah.Bersihkan hati, ikhlas dan sucikan perbuatan..InsyaAllah.
Jika yang diimpi tidak menjadi kenyataan, ingatlah..kadangkala yang terjadi itu sering di luar dugaan kita..
Wallahualam..

No comments:

Post a Comment