Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Tuesday, October 4, 2011

Keikhlasan dan Kejujuran..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Tiba-tiba hati terkenang akan tajuk ini..Tajuk yang saya dan rakan-rakan guru bertugas pada minggu lalu,dipertanggungjawabkan untuk dibicarakan kepada murid-murid dalam perhimpunan rasmi setiap Isnin..Alhamdulillah, tugas itu telah dapat saya laksanakan walaupun dalam keadaan tidak bersedia...hehe..Sebenarnya, kedudukan saya dalam kumpulan tersebut di bawah sahaja..Ini bukan bermakna saya ni "gila kuasa" hahaha..tetapi kerana rakan-rakan guru yang lain tiada kerana berada di luar kawasan..terpaksa lah saya jadi "bidan terjun".

Kepada murid-murid, pengisian tajuk ini agak berbeza sedikit..sesuailah untuk anak-anak yang berusia di antara 4 hingga 14 tahun kan..:D
Namun, sedikit sebanyak..perkara yang hendak saya utarakan di sini ada juga disentuh di dalam ucapan saya itu..:)
Semoga, ianya memberi manfaat kepada semua.

Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur. Kerana ia tersimpan di dalam hati. Yang sukar dijangka dan diketahui oleh orang lain. Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata. Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus. Niatkan diri kita sebelum berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri. Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal. 

Jangan terlalu memilih, kerana mungkin disebalik pasir itu ada mutiara. Jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita. Masakan disebalik madu itu ada racun. Hati yang telus, bila termakan racun tatkala menaruh madu, kelak hati itu akan tertutup untuk menerima orang lain. Itulah kekecewaan. Yang melukakan dan sukar dirawat. Hargailah setiap insan yang menerima diri kita walau apa jua keadaan

Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita. Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah. Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman. Kelak nanti ia akan menguntungkan kita. Jika ada kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah. Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia. Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan. 

Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka. Pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka. Oleh itu, berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal. Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita. Biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita...

No comments:

Post a Comment