Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Friday, September 30, 2011

Cinta Ilahi..Cinta Hakiki..Nikmatilah rahmatNya..

Hidup ini kadang-kadang tidak putus dengan kekecewaan kerana kita terlalu mengharap kasih yang tidak abadi daripada manusia...

Hidup ini kadang kala sering dianggap tidak adil setiap kali kita merasakan segala pengorbanan kita tidak dibalas dengan balasan yang setimpal...

Hidup ini sering sahaja disalah erti apabila diri merasakan air mata yang dicucurkan untuk makhluk Allah yang bernama manusia dianggap tidak bernilai...

Hidup ini jua sering dijadikan kambing hitam yang dipersalahkan hari demi hari hanya kerana rindu pada hamba Allah yang bernama manusia itu kian menebal tetapi tidak pernah disedari oleh manusia itu...

Hidup ini juga dianggap dipenuhi dengan rantaian derita yang tidak putus-putus hanya kerana segala perkara yang berlaku itu tidak seperti kehendak kita...

Namun, jika sahaja kita sedar...kira-kira seribu tahun yang dahulu, terdapat manusia mulia yang sudah menangis terlebih dahulu,

kerana rindukan umatnya...

Umatnya yang dikatakan tidak pernah bertemu dengannya..

Namun rindukannya dan menyintai Allah..

Dan umatnya inilah yang telah membuatkan menitisnya air mata manusia yang mulia ini hingga membasahi mata yang tegar memperjuangkan Islam..

Dan umat ini jualah antara kata-kata akhir yang dituturkan di mulut manusia mulia ini saat ajal sudah menghampiri...

Dan itulah Muhammad SAW

Dan kini masih kita katakan hidup itu tidak adil???

Sedangkan kasih dan cinta abadi itu telah menunggu kita di pintu syurga kelak...InsyaAllah...

Kejarlah cinta hakiki itu..

Kerana sesungguhnya jika kau abadikan cinta pada Allah dan Rasulullah,

Dirimu tidak akan pernah kecewa...

Kejarlah kasih daripada Yang Maha Esa,

Kerana Dialah sebaik-baik kekasih yang patut kita hampiri...

Kejarlah perhatian daripada Yang Maha Adil itu...

Kerana Dialah sebaik-baik kekasih yang patut kita dambakan untuk bersama...

Kejarlah cinta Allah itu kerana Dialah Tuhan yang patut kita hubungi setiap hari...

Kejarlah sunnah Muhammad, kerana dialah insan yang pertama merinduimu...

Walau roh belumpun ditiupkan dalam jasadmu sekarang..

Kejarlah keredhaanNya kerana Dialah sebaik-baik Tuhan yang patut kita syukuri...

Kejarlah gelaran hamba yang mensyukuri nikmatNya kerana bermula daripada nafasmu yang pertama di dunia ini, terlalu banyak nikmat yang kita lalui...



Dan akhirnya, kejarlah cinta Ilahi itu kerana Dia Maha Mengetahui segala isi hatimu...

Dia Maha Memahami hambaNya...

Dia Maha Pengampun segala dosa-dosa...

Dia Maha Pengasih dan Dialah Tuhan yang hanya kepadaNya kau dapat nikmati kenikmatan iman, Islam dan hidup...

Tiada siapa yang pernah dapat menyaingiNya dalam segala hal ...

Biitaufiq wal hidayah...

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment