Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Saturday, October 29, 2011

CINTA DALAM DIAM...


Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim..Aku cintai Allah dan RasulNya...
Tatkala jatuh cinta pada seseorang, ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya. Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba.
Sebelum mengorak langkah lebih jauh dengannya, cukuplah cintai ia dalam diam.
Kerana diammu adalah bukti cintamu padanya. Kamu ingin memuliakannya, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang. Kamu enggan mengaibkannya, dengan tidak mengajaknya berdua-duaan. [1]
Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya, kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.
Kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya, menghindar dirinya daripada perkara-perkara yang merosakkan izzah dan iffahnya.
Sebelum memulakan sesuatu yang terlarang, cukuplah sekadar mencintai ia dalam diam.
Kerana diammu adalah petanda keikhlasanmu kepadanya. Kamu tidak ingin ia memilihmu lewat rupa parasmu atau manis ayatmu, sebaliknya kerana tulus hatimu.
Kerana diammu adalah keadilanmu. Kamu mana mungkin melanggar hak-hak walinya yang terlebih dahulu mencintai ia tanpa balasan dan alasan.
Kerana diammu adalah kekuatanmu yang menguatkan dia. Kamu tidak akan sekali-kali mencari dan menggali titik-titik kelemahan yang ada di hatinya sehingga ia tersungkur dicedera rindu.
Kerana diammu adalah……. Kekuatannya! [2]
Masih ingatkah kamu akan kisah cinta Fatimah dan Ali? Kedua-dua mereka saling memendam perasaan yang mereka rasakan antara satu sama lain, dan akhirnya, mereka dipertemukan dalam syurga cinta dunia nan suci dan indah.
Boleh jadi orang yang kamu cintai itu juga adalah orang yang telah ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Kerana dalam diammu, tersimpannya kekuatan harapan, yang menyalakan keinginanmu, dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapanmu sehingga ianya dapat berbicara di dunia nyata.
Bukankah Allah SWT itu Maha Hidup lagi Maha Mendengar? Sesungguhnya Allah SWT itu malu. Dia malu apabila seseorang hambaNya mengharap kepadaNya, lalu Dia menghampakannya dan meninggalkannya dalam kerugian. [3]
Tapi kiranya kamu telah berusaha berharap sepenuh hati, namun jika dia memang bukan milikmu, moga Allah SWT, merentasi batas-batas waktu, menghilangkan ‘cinta dalam diammu’ itu dan menggantikannya dengan rasa yang lebih indah, pada orang yang tepat.
Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu yang menjadi rahsia antara dirimu dengan Sang Kekasih Agung! [4]
Kerana diammu tanda tunduknya hatimu pada Sang Kekasih Agung. Sedangkan ikatan rumah tangga yang dimulai tanpa rasa tunduk dan patuh pada syariatNya tidak mungkin diredhaiNya. Dan tidak mungkin akan melahirkan generasi umat yang tunduk patuh padaNya.
Kerana diammu adalah bukti cintamu yang agung
Wahai Allah, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah di antara anak-anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kepadaMu sahaja kami meminta dan bergantung harap. Perkenankanlah harapan kami Ya Allah.

1.   Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.
2.   Ianya boleh dianalogikan seperti antibiotik dan tubuh badan manusia. Seseorang yang sering diberikan antibiotik untuk melawan jangkitan akan menyebabkan sistem imunnya lemah dan perlu sentiasa bergantung kepada ubat-ubatan. Akan tetapi seseorang yang dibiarkan melawan jangkitan dengan sendiri tanpa antibiotik, badannya akan secara automatik menghasilkan antibodi yang kuat bagi melawan penyakit. Justeru,sistem imunnya menjadi mantap secara semulajadi dan mengelakkan kebergantungan kepada ubat-ubatan.
Seperti hal ini, apabila kamu mendapati seseorang mulai jatuh hati padamu, jika kamu melayani perasaannya, maka ia akan sentiasa bergantung kepadamu dan hatinya menjadi lemah. Tetapi jika kamu membiarkannya melawan perasaannya sendiri, maka ia akan membentuk satu kekuatan dalam hatinya.
3.   Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Tuhanmu Maha Hidup lagi Maha Mulia. Dia malu melihat hambaNya mengangkat tangan berdoa kepadanya, lalu dia tidak memperkenankan apa-apa kepada hambaNya itu.” – Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah.
4.   Al-Imam Tahtawi r.a. di dalam hasyiyah Muraqi Al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah), menukilkan perkataan daripada Al-Imam Suyuti r.a.: “Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya, maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan syahid di akhirat.”







Wallahua’lam.

Andai Tiada Yang Peduli...

Demi Allah dan Rasul...



Andai kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu. 

Andai  kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu. 

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk 
menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu. 

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya. 

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa 
tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu. 

Andai tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah 
sedang berbisik kepadamu. 

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap 
syukur... Allah telah pun memberkatimu. 

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepadamu. 

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan 
namamu. 

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.

Monday, October 24, 2011

Berita Harian Online | Amalan gaya hidup sihat cegah NCD

Berita Harian Online | Amalan gaya hidup sihat cegah NCD

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah??

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Izinkan aku berbicara lagi...


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawaALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAHdengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

Tolak Hukum Allah,Apa Akan Jadi?

Tolak Hukum Allah,Apa Akan Jadi?

Monday, October 17, 2011


Assalamualaikum wrb...,


           Bila Allah cepat makbulkan doamu….
Maka Dia menyayangimu….
Bila Dia lambat memakbulkan doamu…

Maka Dia sedang mengujimu….

Bila Dia tak makbulkan doamu….
Maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu….
Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan….
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya…



Sepuluh Sebab Kenapa Doa Ditolak Allah;

1. Kamu mengenal ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan hak-haknya.

2. Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-quran tetapi kamu tidak amal dengannya.
4. Kamu telah menggunakan nikmat-nikmat ALLAH, tetapi kamu tidak bersyukur padanya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari darinya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban orang lain tetapi kamu lupa tentang keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat sahabat kamu, kamu tidak pernah mengambil ikhtibar dari kematiannya.

Saturday, October 15, 2011

~KOTAK ILMU SAYA~: TEORI PSIKOSEKSUAL SIGMUND FRUED. ISU: PERANAN IBU...

~KOTAK ILMU SAYA~: TEORI PSIKOSEKSUAL SIGMUND FRUED. ISU: PERANAN IBU...: 1.0 PENGENALAN KEPADA SIGMUND FRUED Ulasan ini akan memperkenalkan biodata tokoh, teori yang telah diasaskan, proses teraputik dan sumbangan...

JOM RELEASE SEKEJAP...

Dengan ingatan kasih sayang..aku kembali menjengah halaman yang kubiarkan sunyi beberapa hari ini,dek kerana ditimbuni tugas-tugas menjelang akhir tahun persekolahan..ditambah pula dengan penglibatanku di dalam forum-forum online yang dipantau oleh pensyarah dari kejauhan sana...:)

Tidak tahu apa yang ingin kuceritakan di sini..banyak perkara yang menyalut kotak fikirku...,darihal kerjaya yang saban hari kian bertambah dan merencam hingga kepada permasalahan peribadi dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...Allahuakbar..Sabo aje laa....

Hm...sambil-sambil mencari bahan untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang mula diberi oleh para pensyarah...baik aku redakan perasaan mendengar lagu-lagu nasyid ni...Sape nk join...jom le...Klik aje yang mana suka...(Selamat mendengar..semoga sembuhlah semua kesedihan dan keresahan hati..)

*** Dia Muhammad ~Inteam ***



*** Aku Hanya Seorang Umar  ~ Hijjaz ***




*** Sumayyah ~ Hijjaz ***




***Mengemis Kasih ***



*** Ratu Syahadah ***                                          

                                                                             ***The  Zikir ***

Friday, October 14, 2011

Sahabat Sukar Dicari...Siapa dan bagaimana??


"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah yang terbaik terhadap temannya."(HR:Al-Hakim)

"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya...Oleh itu, hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya." (HR: Abu Daud)

Sahabat yang BERIMAN  ibarat mentari yang menyinar, sahabat yang SETIA  bagai pewangi yang mengharumkan...,sahabat yang SEJATI menjadi pendorong impian, sahabat yang BERHATI MULIA membawa kita ke jalan Allah..
Sahabat yang BAIK adalah orang yang BERCAKAP BENAR, dan bukannya hanya membenarkan kata-kata..Cakap sahabat yang JUJUR adalah lebih besar harganya. Jika anda bersahabat..bersiaplah untuk BERKORBAN demi sahabat. Jika anda bermusuh dengan sahabat..bersiaplah untuk MENGALAH demi persahabatan itu.


Ibu bapa adalah sahabat yang paling BAIK untuk anak-anak..Bermain bersama mereka,tika mereka kecil..Berkawan dengan mereka..,tika mereka remaja, dan menjadi guru tika mereka dewasa..
Bagi suami atau isteri, pasangan masing-masing adalah sahabat anda yang paling rapat..

"TEMAN yang paling Baik..adalah apabila kamu melihat wajahnya,kamu teringat akan Allah..mendengar kata-katanya..menambahkan ilmu agamamu..dan melihat gerak-gerinya..teringat akan mati." 

Siapa yang ingin bersama anda pada saat tiada satupun yang dapat anda berikan?? Merekalah sahabat anda..

Ali b. Abi Talib r.a. berkata," Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan..."(Renung-renungkanlah...)

Hati-hati memilih kawan, kerana kawan boleh menjad cermin peribadi seseorang. Apapun, berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redhaNya.
JANGAN DIPISAHKAN KASIH BERSAUDARA..JANGAN DIDENDAMKAN UKHWAH YANG TERBINA...

Memiliki seorang sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri. JAUHILAH bertemankan PEMBOHONG, kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat denganmu lari daripadamu dan sebaliknya...
Janganlah berkawan dengan orang yang BAKHIL kerana ia akan MELUPAIMU pada waktu kamu sangat memerlukan..dan JAUHILAH bersahabat dengan orang yang suka berbuat JAHAT, kerana ia tidak pernah malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.

Kata-kata Imam Al-Ghazali.." Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.."
Sebuah hati yang tidak pernah membenci, sebuah senyuman yang tidak pernah pudar, sebuah sentuhan yang tidak pernah menyakiti, dan sebuah persahabatan yang tidak pernah berakhir..Itulah yang mesti dicari dan dimiliki..

Sabda Rasulullah S.A.W.  : "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu, dan tidak juga kepada rupa paras kamu, TETAPI ..DIA melihat pada hati kamu..: (daripada Abu Hurairah r.a)

Tuesday, October 11, 2011

Leraikanlah dendammu...



***p/s : Duhai anak-anakku..
             Jangan terpedaya dengan kata-kata manusia yang tidak ikhlas..:((
             Sabarlah ketika diuji..mudah2an ujian itu akan mendewasakan kalian..insyaAllah.

Sunday, October 9, 2011

LIDAH TENTUKAN LANGKAH KITA KE SYURGA ATAU NERAKA..


KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. 
Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.
Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.
Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.

Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.
Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.
Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.
Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”


 **Semoga nota ini dapat mengingatkan kita tentang  perihal menjaga percakapan dgn para sahabat dan orang lain di sekeliling kita..InsyaAllah...

Saturday, October 8, 2011

Tenang Sentiasa..Teruslah Berdoa..


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding." Riwayat at-Tarmizi.
Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.

Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.
هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
(Surah Al-Fath 48: Ayat 4)

*** sumber : zulhafidz..iluvislam.

Al-Quran Dan Penyembuhan...

Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Surah Yunus Ayat 57)


 Dan (Allah ) akan melegakan hati orang-orang yang beriman [At-Taubah 9: 14]


 Hai Manusia, sesunguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Yunus 10: 57]


 Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. [An-Nahl 16: 69]




 Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku [Do'a Nabi Ibrahim dalam Surat Asy-Syu'raa' 26:80]


 Dan katakanlah (wahai Muhammad ) bahwa (Qur'an) itu adalah petunjuk dan menyembuhkan bagi orang-orang yang beriman. [Fushshilat 41:44]


        وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬ا 


Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Surah Al-Isra' 17: Ayat 82)

Friday, October 7, 2011

Thursday, October 6, 2011

Ayat-Ayat Cinta dalam Al-Quran


CINTA ALLAH ,CINTA YANG KEKAL...

JUJURLAH ANAKKU...KERANA SYURGA ITU ADA.

Anakku,
Kerap kali kalau kita jujur, kita dituduh BODOH. Bila kita mengalah, kita dianggap LEMAH. Padahal, kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan HAK dan HARGA DIRI. Walau begitu sukar untuk mendapatnya tetapi jangan sekali-kali kau korbankan jalan yang benar...hanya untuk mencapai kemenangan. BIAR KALAH, JANGAN SALAH... Percayalah, KEMENANGAN TANPA KEBENARAN, TETAP SATU KEKALAHAN DI SISI ALLAH..


Paling teruji apabila kau lihat orang lain yang mengikut lorong salah... lalu dia cepat sampai. Sedangkan kau di lorong yang betul, masih lelah menapak dan merangkak. Bila yang batil ketawa, yang benar pastinya teruji melihat kegembiraan itu. Lalu, hampir-hampir kita melepaskan kebenaran itu semula...hanya kerana tidak tega melihat kebatilan melonjak ria...:((


Namun anakku..., percayalah AKHIRAT ITU ADA. Ada lagi ketawa di sana. Dan percayalah,"ONE WHO LAUGH LAST...LAUGH THE BEST !!" - Ketawa paling akhir di akhirat (syurga) ,adalah ketawa yang paling baik.
Beringat-ingatlah, sesiapa yang ketawa dalam membuat dosa ketika di dunia, akan masuk ke neraka dalam keadaan yang menangis...Na'auzubillahi min zalik.

~sumber: "Wasiat Ayah" :ustaz pahrol mohamad juoi

Andainya Rasulullah Masih Ada...Ingin Sekali Mendengar Gurauannya.

Kisah 1 :
Anas bin Malik r.a berkata : "Suatu hari,Zahir -seorang lelaki kampung (Badwi) ,memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w .Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang. Baginda berkata kepada sahabat yang lain, " Zahir ialah orang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita, dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya."
Rasulullah s.a.w. sendiri sangat menyenangi Zahir, walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.


Suatu ketika, Rasulullah s.a.w menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan.Baginda terus mendakap Zahir dari belakang.Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata,"Siapa ini? Lepaskan aku!." Setelah itu, Zahirpun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah s.a.w
 Dengan itu, Zahir membiarkannya agar dapat didakap terus oleh insan agung yang terpilih, Rasulullah s.a.w . Kemudian secara bergurau, Rasulullah berkata,"Siapakah yang hendak membeli budak ini?"
[Riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad]

Kisah 2 :
Hassan al-Basri berkata :
"Seorang perempuan yang sudah tua menghampiri Rasulullah s.a.w ,sambil berkata,"Wahai Rasulullah,doakanlah agar saya boleh masuk syurga." Bagindapun menjawab, "Wahai Ummu, syurga tidak dihuni oleh perempuan yang sudah tua." Mendengar hal itu, perempuan itu segera beredar sambil menangis.


Maka Rasulullah berkata kepada sahabatnya," Beritahu kepada Ummu itu bahawa dia tidak masuk syurga dalam keadaan tua. Allah berfirman : Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Surah Al-Waqiah ayat 35-37)
~Riwayat Al-Tirmizi & Al-Tabarani~



**sumber :GenQ ~Syamail Muhammadiyah.