Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Monday, February 27, 2012

Rahsianya pada dua wanita yang hebat… | iluvislam.com discover the beauty of islam

Rahsianya pada dua wanita yang hebat… | iluvislam.com discover the beauty of islam

MENANGIS TIKA SENDIRI...


Kala malam, tika insan sedang diulit mimpi.
Aku tersimpul di atas hamparan lena.
Bayangan masa silam mengoncang damai malam.
Air mata, tanpa sedar mengalir perlahan.
Kekesalan sentap jiwa kotor berkarat.
Aku insan berdosa meratap dosa silam.
Dosa ku pada Mu tak terhitung.
Dosaku pada wali-wali cinta, tangis dalam sepi.
Kurmiakan aku taubat, sebenar-benar taubat.
Hati bagai dicarik hiba tak bertepi.

Pimpinlah aku Ya Rahim, bimbinglah aku YaRahman.
Aku ingin merasa damai di sisi Mu.
Aku tak layak untuk syurga Mu, aku takuti neraka Mu.
Aku dambakan keredhaan Mu.
Peluklah aku dengan rahmat Mu.

Airmata ini terus mengalir tanpa henti.
Ku ratapi bukan kehilangan cinta hamba.
Ku ratapi langkah sumbang penuh jahil dan zalim.
Setiap airmata yang jatuh saksi dosa.
Harga yang tak mampu ku tebus...

BIAR PAHIT...TERIMALAH..



Sunday, February 26, 2012

TIDAK MENGAPALAH...

 Dengan lafaz yang agung..
"Bismillahirrahmanirrahim..."
Alhamdulillah, ummi diberi sedikit kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam ruangan yang ummi kira sebagai tempat ummi mencurah rasa yang terbuku di hati..

Hm..Tidak mengapalah, jika orang tidak peduli..asal saja Allah masih peduli dengan kita..Buktinya??
Tidak perlu kita cari..semua ada di depan mata..dekat kita..tiap ketika.

Tatkala kita sedih...siapakah yang hampir dengan kita?
Tatkala kita suka..kepada siapakah lafaz rasa syukur kita?
Tatkala kita sakit..kepada siapa kita berkeluh kesah?
Tatkala kita takut..kepada siapa kita memohon perlindungan?
Tatkala kita marah..adakala DIA menjadi pereda kepanasan..,tanpa kita sedar..kita lafaz istighfar..
Alhamdulillah...

Tidak mengapalah jika kita rasa sendiri, tetapi sebenarnya DIA tetap menemani kita.


WARKAH DARI UMMI...



Bismillahirrahmanirrahim..
"In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful"
Teristimewa buat anakku..
Salam Sejahtera dan Salam penuh kasih sayang daripada ummi.


Anakku..
Kalaulah kita tahu bahawa setiap selepas kegagalan ..akan ada kebahagiaan, tentu kita tidak perlu penat menangis hiba..
Anakku...
Kalaulah kita tahu bahawa kita tidak layak mengatur hidup sendiri dengan mengharapkan semuanya baik-baik sahaja, pasti kita redha dan ikhlas menerima setiap apa yang telah ditakdirkanNya..




Seketika tadi,mendengar suara hibamu, ummi turut merasa kepedihan hatimu..Segera ummi teringat akan tulisan dan pesanan ummi semalam..Anakku, yang terjadi itu selalu di luar dugaan. Betul kan? Ummi pun tidak menjangka perkara yang terdetik di hati ummi..akan tersurat begini..
Ummi masih terkenang detik-detik bahagia kamu..tergambarkan sinar ceria di mata kamu..terdengar-dengar semula suara gembira kamu ketika bercerita dan gelak tawamu dahulu..
Tolonglah..ummi minta..jangan biarkan ia berlalu. Janganlah ikutkan rasa sedihmu. Yakinilah diri kamu.Yakinilah juga takdir Allah, bahawa ..

 ”Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..” (Surah Al-Hadid: 22-23)

Mungkin kamu tidak tahu, bahawa seseorang yang kita lihat begitu hebat peribadinya, pernah juga melalui detik-detik seperti kamu..Detik kejatuhan yang bertimpa-timpa..Namun, kejatuhan itulah yang membuatkan dia kembali berazam untuk menceriakan kehidupannya.


Seseorang yang kamu nampak gembira, tertawa dan ceria... jangan kamu sangka itulah "tuah" badannya. Di sebalik kegembiraan dan ketertawaannya..tahukah kamu bahawa dia juga pernah menangis kerana kecewa? Lantaran sabar dan redhanya dia..kesedihan lalu itulah yang menjadi ubat dan penawar untuk dia bangun semula..

Ingatlah anakku.. Hidup ini masih belum tamat, selagi Allah menghendaki kita melalui ujian-ujianNya..maka selagi itu kita tidak boleh menyerah begitu sahaja. Masalah tidak akan selesai jika kita lari.. Hadapilah dengan bijaksana.. Bangunlah anakku. Sebenarnya Allah sedang mendidik kamu melalui rasa sedih, kecewa dan hampa. Saat ini kamu kena kuat. Jika kamu lemah, ummi bimbang kamu akan lebih jauh jatuh ke bawah.

Tenangkan hatimu, anakku..Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.
DIA tidak memberikan apa yang kita mahu, tetapi DIA memberikan apa yang kita perlu.Jika apa yang kita inginkan itu tidak begitu baik untuk diri kita..maka kerana itulah DIA berikan kita rasa kecewa dan sedih ini. 
Rasa yang kita kena terima dan ambil sebagai peringatan..Peluang untuk kita muhasabah diri.. Cari dan perbaiki kelemahan dan kekurangan..InsyaAllah, ummi yakin Allah amat sayang akan kamu. Jangan sekali-kali  kamu sangka dan fikir bahawa diri kamu bernasib malang. Ummi tak suka kamu cakap begitu. Istigfarlah ye..

Seperkara yang ummi ingin ingatkan juga..hidup kita ini ibarat roda yang berpusing. Adakala kita di atas, dan sebaliknya kita akan berada di bawah. Oleh itu..ingat ye..Jangan pernah rasa selesa sangat.Saat bahagia dan derita adalah rahsia Allah. Begitu juga saat berjaya atau gagal..
Sediakan ruang waktu untuk kamu jadi lebih dekat dengan Allah. DIA lah yang layak kamu cintai dahulu..kerana DIA tidak pernah membuatkan hati kita pecah dan berkecai..

Hanya di sini dahulu yang dapat ummi tebarkan rasa hati ummi untuk kamu. Selebihnya, ummi berdoa agar kamu segera bangun dan ketepikan semua rasa tidak enak yang masih bersarang di hati kamu. Siapa lagi yang boleh menolong kita..kalau bukan diri kita sendiri?? Ingat itu ye..

Sayang selalu...

Ummi


Thursday, February 23, 2012

Sunday, February 19, 2012

CUKUPLAH ALLAH BAGIKU...

"Bismillahirrahmanirrahim..."


 Jangan BERKECIL HATI jika orang lain salah faham pada kita..kerana Allah faham akan isi hati kita... Jangan gusar jika ada yang MENGHAKIMI kita kerana tiada hakim sebaik Allah..Ketika bumi mulai bergoncang dan tanah mulai retak, ingatlah Allah BERSAMA kita..dan ketika kita ditimbus tanah, ketahuilah hanya AMAL yang setia bersama kita..tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan jika hati ini TERIKAT pada cinta kepada Allah dan Rasulnya..


Maka, TINGGALKAN KEPAYAHAN..BUANG segala penderitaan, SENYUMAN sahaja kekal untuk masa hadapan..ternyata, diri masih lagi manusia DINGIN yang punyai perasaan..

Thursday, February 16, 2012

REDHA DAN PASRAH...JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR.


"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.."



Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan,  ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Sama ada di sedari atau tanpa disedari…
Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan   dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja  dapat menjangkau hikmah yang terkandung  di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi  demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah  dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

p/s :  Credit  to Ustaz Pahrol .

Masih Tersisakah Waktu Buatku ?

Bismillahirahmanirrahim...
.

Ya Allah,
masih tersisakah waktu buatku?
masih terbukakah pintu taubat itu buatku?
masih adakah ruang untukku disyurgaMu kelak?
Ya Allah,
pandanglah aku si pendosa ini sekali lagi,
kasihanilah aku..ampuni aku..
aku sedar Ya Allah,
jika dihitung amalanku, sedikit pun aku tidak layak memasuki syurgaMu,
tapi Ya Allah,
aku amat takut akan azabMu diakhirat kelak..
pandanglah aku sekali lagi Ya Allah,
tiupkanlah rahmat dan hidayahMu kepadaku..
ampunilah aku Ya Allah, ampunilah aku Ya Rahman, ampunilah aku Ya Rahim....




PATAH HATI...


*Bismillahirrahmanirrahim...*
Tanpa sengaja, ummi terbaca tajuk ni dkt blog akuislam..
Tertarik dengan apa yang diperkatakan..ummi cuba nk share shj kat sini, tetapi masa klik link tu..tak boleh plk..So, alternatif lain..ummi terpaksa le copy je ..
Ummi suka nk kongsi topik ni sbb ianya bkn soal yg remeh..bkn untuk golongan muda remaja shj..ttp kalau kita luaskan skopnya..mmg semua org biasa patah hati. Banyak sebab untuk rasa patah hati...


Emm… patah hati !!
Jika mendengar perkataan ini pasti yang terlintas dibenak fikiran kita dan semua orang adalah tentang cinta yang terkandas, tentang cinta yang putus sampai disini saja, tentang perpisahan, tentang airmata yang berlinang, tentang sakitnya hati, dan semua yang menyebabkan dunia terasa mengalami kiamat. “Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati”
Hati sanubari kita kadang-kadang pening mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama “patah hati”. Tiada istilah lain yang lebih sedap ke?  Tapi  yang penting adalah bagaimana ketika cinta itu terkandas, ketika cinta itu tak lagi tersambung, ketika cinta itu tidak lagi mahu menjadi milik kita, dan ketika si dia tak mahu lagi menjadi tempat luahan hati kita
Patah hati sinonim dengan airmata, kenapa ya?

Tetapi kita lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah:
- Seharusnya kita bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis, itu ertinya kita masih ada hati kan? bukan hanya sekadar hati, tapi hati yang sensitif, yang lembut dan yang mampu bahagia dan luka. Dan airmata yang mengalir ini dapat membersihkan kelopak mata kita yang kusam menjadi jernih kembali kerana airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata. Menagislah kerana mencintai ALLAH pada saat kita bersendiri. Airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis kerananya..

" Fabiayyi allaihi Robby kumma tukadziban "

Maka nikmat yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? bahkan didalam air yang berlinang melalui mata ini, ALLAH memberikan kasih sayangnya.
Mungkinkah ada lagi nikmat ALLAH di balik kata patah hati ini? cuba bayangkan, pada saat jatuh cinta semalam mendengar suara si dia di telefon lebih indah ditelinga kita dari suara azan, sms mesra dari sang pujaan hati lebih sering kita baca berulang ulang agar lebih memahami ertinya dan lebih bergetar mencintainya, tetapi seberapa kali kita membaca surat cinta dari ALLAH yang terbentang di dalam AlQuran?


Dan kini setelah tak ada lagi sms darinya, tak ada lagi suara manjanya, mungkin hikmah disebalik hati yang teriris berdarah darah ini adalah ALLAH hendak mengembalikan kita kepada cintanya ALLAH, apa ada cinta yang lebih indah dari cinta sang pemilik nafas ini?
Maka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? disebalik patah hati ini ALLAH menyelamatkan kita dari cinta yang salah. Kita menyembah dan memuja cinta melebihi menyembah dan memuji ALLAH. Nauzubillahimindzalik. Cinta tak salah, tetapi mungkin hanya tidak tepat ketika kita lebih mencintai sang pujaan hati daripada mencintai ALLAH.


 ”Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”

Ingatlah bahawa ALLAH maha membolak balikan hati dan keadaan. Jika hari ini ALLAH masih mengirimkan cinta maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah- olah dunia ini milik berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solat, jumlah bil henpon jadi lebih banyak dari RM yang kita sedekahkan, duduk berdua-duaan ditempat sunyi lebih disukai daripada duduk tafakur diatas sajadah dan bermesraan dengan ALLAH.

Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta, maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita dari pada si dia, terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH. Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini  !