Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Wednesday, February 15, 2012

HARGAILAH...


~In The Name Of Allah,The Most Gracious & The Most Merciful~
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah..Kisah teladan yang ingin dipaparkan kali ini adalah yang berkaitan dengan sirah Rasulullah.Mungkin ramai dah biasa baca atau dengar cerita ini..Jika belum,mudah2an kisah ini akan membuka dan menjana fikiran kita bahawa sesuatu yang kita anggap kecil, kadangkala begitu besar pengaruhnya kepada orang lain.. Hayati kisahnya dan ambil iktibar. Seiring dengan itu, sama2lah kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar kita mendapat syafaat baginda Rasululullah SAW pada hari akhirat kelak.
InsyaAllah.










Begini kisahnya...
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.



 Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.


 Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 


Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

p/s: Marilah kita  ambil suri teladan daripada baginda..

No comments:

Post a Comment