Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Saturday, February 11, 2012

Hanya kerana kalimah itu yang indah.."Bismillah.." Ikhlaskanlah...


Kisah yang hendak ummi paparkan kali ini adalah sebuah kisah teladan yang ummi baca daripada suatu sumber..Dah lama ummi berhajat nak tinggalkan kisah teladan ini untuk sesiapa sahaja yang singgah di laman ummi ni..Tak kisahlah walaupun sekejap, asalkan ianya memberi manfaat..insyaAllah.

Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca "Bismillah.." setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan "Bismillah". Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.


Suaminya sentiasa mengejek “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “Simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan di tempat yang selamat. Di samping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dengan diikuti oleh suaminya. Dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu sambil membaca..." Bismillahirrahmanirrahim".
Ketika itu, Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjatnya dia. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca " Bismillah..", apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

No comments:

Post a Comment