Bismillahirrahmanirrahim..
"In
The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful"
Teristimewa buat anakku..
Teristimewa buat anakku..
Salam Sejahtera dan Salam penuh kasih
sayang daripada ummi.
Anakku..
Kalaulah kita tahu bahawa setiap selepas kegagalan ..akan ada kebahagiaan, tentu kita tidak perlu penat menangis hiba..
Anakku...
Kalaulah kita tahu bahawa kita tidak layak mengatur hidup sendiri dengan mengharapkan semuanya baik-baik sahaja, pasti kita redha dan ikhlas menerima setiap apa yang telah ditakdirkanNya..
Seketika tadi,mendengar suara hibamu, ummi turut merasa kepedihan hatimu..Segera ummi teringat akan tulisan dan pesanan ummi semalam..Anakku, yang terjadi itu selalu di luar dugaan. Betul kan? Ummi pun tidak menjangka perkara yang terdetik di hati ummi..akan tersurat begini..
Ummi masih terkenang detik-detik bahagia kamu..tergambarkan sinar ceria di mata kamu..terdengar-dengar semula suara gembira kamu ketika bercerita dan gelak tawamu dahulu..
Tolonglah..ummi minta..jangan biarkan ia berlalu. Janganlah ikutkan rasa sedihmu. Yakinilah diri kamu.Yakinilah juga takdir Allah, bahawa ..
”Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..” (Surah Al-Hadid: 22-23)

Mungkin
kamu tidak tahu, bahawa seseorang yang kita lihat begitu hebat peribadinya,
pernah juga melalui detik-detik seperti kamu..Detik kejatuhan yang
bertimpa-timpa..Namun, kejatuhan itulah yang membuatkan dia kembali berazam
untuk menceriakan kehidupannya.
Seseorang
yang kamu nampak gembira, tertawa dan ceria... jangan kamu sangka itulah
"tuah" badannya. Di sebalik kegembiraan dan ketertawaannya..tahukah
kamu bahawa dia juga pernah menangis kerana kecewa? Lantaran sabar dan redhanya
dia..kesedihan lalu itulah yang menjadi ubat dan penawar untuk dia bangun
semula..
Ingatlah
anakku.. Hidup ini masih belum tamat, selagi Allah menghendaki kita melalui
ujian-ujianNya..maka selagi itu kita tidak boleh menyerah begitu sahaja.
Masalah tidak akan selesai jika kita lari.. Hadapilah dengan bijaksana..
Bangunlah anakku. Sebenarnya Allah sedang mendidik kamu melalui rasa sedih,
kecewa dan hampa. Saat ini kamu kena kuat. Jika kamu lemah, ummi bimbang kamu
akan lebih jauh jatuh ke bawah.
Tenangkan
hatimu, anakku..Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.
DIA
tidak memberikan apa yang kita mahu, tetapi DIA memberikan apa yang kita
perlu.Jika apa yang kita inginkan itu tidak begitu baik untuk diri kita..maka
kerana itulah DIA berikan kita rasa kecewa dan sedih ini.
Rasa
yang kita kena terima dan ambil sebagai peringatan..Peluang untuk kita
muhasabah diri.. Cari dan perbaiki kelemahan dan kekurangan..InsyaAllah, ummi
yakin Allah amat sayang akan kamu. Jangan sekali-kali kamu sangka dan
fikir bahawa diri kamu bernasib malang. Ummi tak suka kamu cakap begitu.
Istigfarlah ye..
Seperkara
yang ummi ingin ingatkan juga..hidup kita ini ibarat roda yang berpusing.
Adakala kita di atas, dan sebaliknya kita akan berada di bawah. Oleh itu..ingat
ye..Jangan pernah rasa selesa sangat.Saat bahagia dan derita adalah rahsia
Allah. Begitu juga saat berjaya atau gagal..
Sediakan
ruang waktu untuk kamu jadi lebih dekat dengan Allah. DIA lah yang layak kamu
cintai dahulu..kerana DIA tidak pernah membuatkan hati kita pecah dan berkecai..
Hanya
di sini dahulu yang dapat ummi tebarkan rasa hati ummi untuk kamu. Selebihnya,
ummi berdoa agar kamu segera bangun dan ketepikan semua rasa tidak enak yang
masih bersarang di hati kamu. Siapa lagi yang boleh menolong kita..kalau bukan
diri kita sendiri?? Ingat itu ye..
Sayang
selalu...
Ummi
No comments:
Post a Comment