Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Saturday, February 11, 2012

Nota Dari Seorang Anak...

Bismillahirrahmanirrahim..


Syukur ke hadrat Allah, tiba-tiba ummi teringat untuk berhubung dengan seorang anak ( bukan anak ummi sendiri) yang pernah menziarahi ummi di sini. Sudah agak lama ummi tidak mendengar sebarang perkhabaran daripadanya. Ummi tahu dia sibuk. Bergelar sebagai seorang pelajar perubatan memang menuntut pengorbanan masa, tenaga dan fikiran yang lebih. Ini ummi maklum, sebab dua orang anak ummi sendiri belajar di dalam bidang serupa.. Ummi tidak nafikan pula tentang kesibukan anak-anak yang belajar dalam bidang yang lain. Selagi kita hidup dan bergerak di atas putaran masa..semuanya menuntut kita bertindak pantas. Sebab itulah ada pepatah yang menyebut, "Masa itu emas"..Berharga sekali..Andai terlepas..menangis airmata darah pun ianya takkan kembali.


Hm..berbalik kepada anak tadi..ummi kenal dia pun kerana ummi suka membaca artikel-artikel yang dimuatkan dalam satu laman blog persatuan universitinya. Semua info kesihatan yang dimuatkan selalu dimaklumkan kepada ummi, sebaik sahaja ummi menjadi salah seorang "follower" blog itu. Pernah seketika dulu, dia menghantar "topic list" untuk semua artikel yang bakal terbit di laman tersebut. Memang ummi yakin, anak ini sangat baik dan mulia hatinya. Kadangkala, apabila dia memberi informasi tentang sesuatu penyakit, memberi nasihat kepada ummi..terasa ummi sedang berdepan dengan seorang pegawai perubatan..:) Semoga dia berjaya mencapai cita-citanya kelak..insyaAllah.


Beberapa hari lalu, ummi menerima mesej daripada anak ini. Dia mendoakan agar ummi diberi kekuatan untuk menempuh segala dugaanNya..(khususnya penyakit yang ummi tanggung sekarang). Terharu ummi membaca mesej itu..sebab terasa keikhlasan anak itu di dalam kata-katanya.."Saya doakan makcik diberi kekuatan untuk menempuh segalanya ye..Oh ye, kalau makcik sakit2 kan, makcik sebut," Ya Salam" ye. Mksdnya, Wahai Yang Maha Menyelamatkan..". Ulanglah 136 kali sehari. InsyaAllah, Allah akan sembuhkan penyakit makcik.
Penyakit itu penghapus dosa, mkcik. Tak pe. Kalau Allah tutup 1 pintu nikmat, nescaya Dia akan bukakan 10 pintu nikmat yang lain.Saya sentiasa doakan makcik dan keluarga kat sini ye."


Hmm..membaca mesej itu, ummi rasa terpegun juga. Dan dalam hati ummi segera mendoakan agar dia juga diberi kebaikan yang sewajarnya daripada Allah. Bagi ummi..kalau semua doktor (tak kiralah agama apapun..) boleh mengingatkan pesakit tentang "pergantungan" kepada Yang Maha Esa dan Maha Kuasa", pastilah ilmu mereka akan lebih diberkati lagi..InsyaAllah. Ameen.


No comments:

Post a Comment