Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Monday, February 13, 2012

Nasihat..Peringatan..Motivasi ..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.
Dalam entry kali ini, ummi berkesempatan menurunkan semula kata-kata yang ummi simpan dalam catatan harian ummi sejak lama dulu..:)

Sebenarnya hobi ummi bukan sahaja membaca, bahkan juga menulis. Sejak kecil, ummi memang suka berkarya..cuma ummi tak pernah gilap bakat yang Allah kurniakan ini..Lagipun, masa tu..tak pernah terfikir nak jadi penulis atau karyawan apa-apa..
Cuma, kalau ada kesempatan, ummi akan mengarang cerita, atau puisi..selain melukis..Memang asyik juga dengan hobi begini..


Di sini, ummi cuma hendak kongsikan beberapa kata-kata..mungkin boleh dianggap nasihat, peringatan, bahkan sebagai motivasi diri juga..InsyaAllah.


1.Kebahagiaan dunia bukanlah terletak pada dunianya, melainkan dari sikap kita yang benar dalam menyikapi segala kejadian.
Bijak bukan bererti tak pernah salah. Kaya bukan bererti tak pernah susah. Sukses bukan bererti tak pernah lelah.

2.Ketika ucapan dan tindakan telah seimbang dalam hati yg bersih, yakinlah kebesaran dan kemuliaan akan menghampiri.

3.Ketika segala sesuatu tak berjalan seperti yg kamu inginkan, bersabarlah. Jangan berusaha  untuk mendahului Tuhan.

4.Jika kamu tahu bahwa dia bukan orang yg tepat untukmu, menjauhlah sebelum kamu terluka.

5.Masalah adalah ujian yang harus dijadikan sebagai kekuatan, bukan kelemahan yang akan membuat hidup semakin terpukul.


6.Tak peduli apa yg telah hilang dalam hidupmu, selama kamu masih mampu bersyukur pada Tuhan, kamu tak kehilangan apapun.

7.Ketika kamu  tidak kuat menjalani hidup ini lagi, lihatlah mereka di sekeliling kamu yg masalahnya lbh berat darimu, tapi tetap bertahan.

8.Kamu tak akan tahu bagaimana menghargai seseorang, jika kamu tak bersedia menghargai dirimu sendiri.

9. Semakin banyak kamu bersyukur, maka akan semakin banyak kemudahan dan kebahagiaan yang akan kamu rasakan.

10. Jangan takut ungkapkan apa yg kamu rasa. Kesempatan boleh hilang sekelip mata, tapi penyesalan boleh bertahan selamanya.
Ingat! Keraguan dan ketakutan hanya akan muncul jika kita tidak memiliki semangat.

11. Menyedihkan sekali apabila melihat orang berkeras bahawa mereka benar.. meskipun terbukti salah. Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah orang yang bijak.

12. Jangan sesali apa yg telah pergi, kamu mungkin kehilangan yg baik, tapi Tuhan akan memberimu dengan yg lebih baik lagi...Yakinlah. InsyaAllah.

13. Kita dinilai dari yg kita ucapkan...kerana apa yg keluar dari mulut kita, mencerminkan apa yg ada di dalam isi hati kita.

14. Lebih baik bahagia menjadi dirimu sendiri drpd mendustai dirimu untuk menyenangkan orang lain.


15. Sebuah hubungan akan terasa indah jika kedua pasangan boleh saling menerima, bukan menuntut untuk sempurna.

16. Setiap masalah ada jalan keluarnya. Kamu mungkin tak melihatnya, namun Tuhan tahu jalan keluarnya. Yakin dan percayalah padaNya.


 17. Dalam hidup ini, tak penting siapa yg menyukai atau membencimu, kerana yg terpenting adalah Tuhan menyayangimu.


 18. Jangan pernah meremehkan kekuatan doa. Tuhan selalu mendengarnya, dan percayalah bahwa kekuranganmu tak akan jadi penghalangmu.

Akhir sekali... 
Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini.


No comments:

Post a Comment