Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Thursday, December 22, 2011

Kusyukuri KurniaanMu..

 Alhamdulillah..lafaz keramat yang menggambarkan rasa bahagia, syukur dan senang dengan apa yang diharapkan menjadi kenyataan.
Sejak mata terbuka pada awal pagi ini..rasa syukur itu bertambah-tambah dengan berita yang ditunggu-tunggu dengan penuh debar sejak sekian waktu.

Walaupun detik ini bukan suatu yang asing bagiku..tetapi oleh kerana pengalaman ini melibatkan anak bujangku yang pertama..hmm..cuak juga rupanya..hehe
Bukan atas dasar tidak atau kurang percaya dan  kurang yakin dengan kemampuannya..tetapi kerana sikapnya sejak semalam..menjadikan hati sedikit gusar..Awal-awal lagi dia sudah berpesan supaya aku tidak turun bersama ke sekolahnya, apabila aku memberitahu niatku kepadanya...haha..buat lawak betul lah Nabil ni..
Apabila aku memberitahu suamiku..hehe..dia ketawa sahaja. Reaksinya juga biasa-biasa sahaja..So, aku cuba buat biasa-biasa juga..:D

Sepanjang malam, sambil melayari portal universiti, memberi respons kepada soalan forum yang baharu dimuatnaik oleh pensyarah, aku cuba melupakan sekejap tentang kemungkinan-kemungkinan hari esok..Hmm..Nabil tidur awal pulak malam ni..bisik hatiku..:) Aku tahu, dia risau..tetapi kami semua buat macam biasa.. Usik-mengusik tetap dilontarkan kepadanya, bagi meredakan ketegangan rasa..hehe..seronok menyakat orang..

Awal pagi tadi, apabila bangun aku bertanya sekali lagi.."Boleh mama ikut sekali?" hehe..Jawapan yang diterima sama sahaja dengan sebelumnya. Aku faham apa yang Nabil rasa..so, aku mengalah..tetapi meletakkan syarat..Hmm..nanti, bila Nabil dah ambik result tu mesti terus call mama ye.! "OK", pendek sahaja jawapannya.

Detik-detik penantian memang merimaskan. Aku mengisi waktu dengan membaca laman-laman blog dan website yang berkaitan dengan tajuk perbincanganku di dalam forum yang terakhir diterima semalam. Dalam pada itu, deringan-deringan telefon di ruang tamu serta dari telefon bimbitku mulai bergema. Hai..semua orang dah tak sabar nak tahu..:) Tetapi, tuan punya diri masih belum hubungi aku.....Hampir sejam menanti daripada waktu yang sepatutnya..baharulah aku mendapat panggilan daripada Nabil.. Amboiiii...pandai betul bagi mama suspens!!

ALHAMDULILLAH..itu lafaz pertama daripadanya. Jadi, terurai sudah kegelisahan yang menjerut perasaannya. Lega hati mendengarnya. Akhirnya, Nabil telah membuktikan janjinya untuk mengubah kesilapan masa lalu yang disebabkan oleh sikap kurang matangnya dahulu. Moga-moga kejayaan ini akan menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus berusaha pada masa hadapan. InsyaAllah..jika diizinkan Allah, dua tahun lagi Nabil akan menempuh SPM pula. Jadi, semoga kejayaan ini menjadi titik tolak untuk dia mengorak langkah dan membina kejayaan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat..insyaAllah.

"Ya Allah, jadikan kami hamba-hambaMu yang sentiasa merasa cukup dan bersyukur di atas segala kurniaanMu yang tidak terhitung..Amin."..Alhamdulillah.
~ Buat anak2ku..:Mama sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kalian...~

No comments:

Post a Comment