Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Thursday, October 6, 2011

Andainya Rasulullah Masih Ada...Ingin Sekali Mendengar Gurauannya.

Kisah 1 :
Anas bin Malik r.a berkata : "Suatu hari,Zahir -seorang lelaki kampung (Badwi) ,memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w .Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang. Baginda berkata kepada sahabat yang lain, " Zahir ialah orang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita, dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya."
Rasulullah s.a.w. sendiri sangat menyenangi Zahir, walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.


Suatu ketika, Rasulullah s.a.w menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan.Baginda terus mendakap Zahir dari belakang.Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata,"Siapa ini? Lepaskan aku!." Setelah itu, Zahirpun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah s.a.w
 Dengan itu, Zahir membiarkannya agar dapat didakap terus oleh insan agung yang terpilih, Rasulullah s.a.w . Kemudian secara bergurau, Rasulullah berkata,"Siapakah yang hendak membeli budak ini?"
[Riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad]

Kisah 2 :
Hassan al-Basri berkata :
"Seorang perempuan yang sudah tua menghampiri Rasulullah s.a.w ,sambil berkata,"Wahai Rasulullah,doakanlah agar saya boleh masuk syurga." Bagindapun menjawab, "Wahai Ummu, syurga tidak dihuni oleh perempuan yang sudah tua." Mendengar hal itu, perempuan itu segera beredar sambil menangis.


Maka Rasulullah berkata kepada sahabatnya," Beritahu kepada Ummu itu bahawa dia tidak masuk syurga dalam keadaan tua. Allah berfirman : Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Surah Al-Waqiah ayat 35-37)
~Riwayat Al-Tirmizi & Al-Tabarani~



**sumber :GenQ ~Syamail Muhammadiyah.

No comments:

Post a Comment