Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Monday, October 3, 2011

Bila Hati Berbunga Kembali...^_^

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..
Sejak akhir-akhir ini keinginan untuk menulis dan menghidupkan kembali laman blog saya yang telah dua tahun tidak dijengah..tiba-tiba menerpa. Berkobar-kobar rasanya...(^_^)

Sebenarnya..memang keinginan itu sentiasa membara..tiap kali saya menziarahi laman-laman blog orang lain..tetapi kerana beberapa sebab..termasuk kelemahan saya..."terlupa kunci rumah" sendiri..hasrat nak meng"update" blog saya tenggelam begitu sahaja..Sementelahan pula..ketika itu, saya seperti tidak berkepentingan untuk memasuki "rumah" ini. :-) Wal hal..jika hendak seribu daya..Kunci yang hilang,boleh dicariganti kan..:D


Tanpa saya menyangka,keperluan dan kepentingan menuntut ilmu yang sering saya war-warkan kepada murid-murid di sekolah, telah menjerat diri sendiri..Jika kita hanya menyuruh dan mengingatkan orang lain..tanpa mempraktikkan sendiri..lambat laun semua pengalaman dan pengetahuan yang dikutip suatu masa dahulu..akan tercicir di perjalanan masa dan usia..Hakikatnya..itu yang saya alami. Namun, saya bersyukur..dengan izin Allah, hati ini terbuka untuk kembali menimba ilmu..ilmu yang sesuai dengan zaman..Bagi menyahut cabaran daripada pihak tertentu..., saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran..insyaAllah.. Bersama beberapa orang rakan sejawat yang sebaya juga..kami akan memulakan hari pertama menghadiri kuliah pada hujung minggu ini...( tunggu kami di sana wahai para pensyarah..hehe..Jangan terkejut melihat kehadiran kami!! Ish3x...beria-ria sangat kot?? :D ) Semoga saya sentiasa diberi jalan yang mudah...Doakan saya...



4 comments:

  1. sehari smpai 2 posting terus. fuhhhhhhh

    ReplyDelete
  2. haha..tengah bersemangat ni..jgn kata apa2 dah..:D

    ReplyDelete
  3. hehe..bkn suruh senyap terus..:D
    berilah komen yg membina..mkcik terima dengan senang hati..^_^

    ReplyDelete