Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Wednesday, October 5, 2011

Perbezaan Yang Perlu Disyukuri..


Rumput dihalaman orang memang sering kelihatan lebih hijau
dari rumput di pekarangan sendiri..,

Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita miliki
Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.


Bersyukurlah bahawa kamu belum memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan
Seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?


Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu .
Kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar .


Bersyukurlah untuk masa-masa sulit .
Kerana pada masa itulah kamu belajar untuk bersabar dan istiqamah …


Bersyukurlah untuk keterbatasanmu .
Kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang ...


Bersyukurlah untuk setiap rintangan baru .
Kerana itu akan membangun kekuatan dan keperibadianmu...

Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat .
Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga 

Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172) 


No comments:

Post a Comment