Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Wednesday, October 5, 2011

Cermin-cermin Diri Kita...



Jom, kita check diri kita.. (^_^)


Muhasabah seketika..


Timbang timbangkan kerja buat kita hari ini...

Adakah kita lebih banyak bersedekah atau lebih banyak membazir?

Adakah kita lebih banyak bersyukur atau lebih banyak mengeluh?

Apakah kita lebih banyak memuji sahabat kita atau kita dah terlebih umpat?

Apakah sudah menang amal ibadat kita berbanding maksiat?

Apakah kita dah membantu sahabat kita atau sahabat kita dah terbuntu dengan masalah kita?

Apakah kita sudah menambah bilangan kawan kita atau kita dah menambah kawan menjadi lawan?

Apakah kita sudah melangsaikan hutang sekadar termampu atau masih bergaya walaupun tak mampu?

Apakah kita dah melebihkan masa bersama Al-quran berbanding mukabuku?



Jom..kita check balik..



yang mana patut kita lebihkan atau kita kurang kurangkan.

hanya kita yang tahu dimana tahap keimanan kita..


semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada 



kita...Aminn.

No comments:

Post a Comment